Tuesday, March 3, 2009

Where is my name n my pic!!!

Lelaki : Apa you akan buat kalau ada orang tiba-tiba tackle 'boyfriend' you?
Perempuan : Emm... Maksud you macam mana?
Lelaki : Ye lah. Bila tiba-tiba ada perempuan datang dekat I dan cuba tarik hati I.
Perempuan : Entahlah ek! I pun tak tahu. Tapi rasanya I tak akan buat apa-apa kot.
Lelaki : Kenapa you cakap macam tu?
Perempuan : Benda tak akan jadi kalau hanya sebelah tangan yang bertepuk kan. Jadi tengoklah kalau 'boyfriend' I layan ke tidak. Kalau dia layan kenapa I nak pertahankan?
Lelaki : Jadi you tak akan buat apa-apa lah?
Perempuan : I tengok keadaan. Kalau 'boyfriend' I layan perempuan tu, jadi bukan salah perempuan tu seorang. Namanya 'boyfriend' I pun gatal juga lah!
Lelaki : Kalau I, I akan pertahankan cinta I. I akan cuba menangi hati 'girlfriend' I balik. I akan buat lebih daripada lelaki tu buat.
Perempuan : Tapi kenapa bila ada seseorang timbul baru you nak sibuk menangi hati 'girlfriend' you? Patutnya tiap-tiap hari la you kena menangi hati dia.
Lelaki : Entah! Mungkin I rasa dia milik I, jadi I tak perlu buat apa-apa melainkan ada orang ketiga.
Perempuan : No point la macam tu! Dah terlambat!
Lelaki : I tak kira, tapi yang I tahu, I akan cuba lawan pihak yang cuba ambil 'girlfriend' I.
Perempuan : Terpulang kat you. Tapi bagi I, kalau 'boyfriend' I sendiri pun gatal. Baik I lepaskan je. Tak ada point untuk I pertahankan cinta I kat orang macam tu.
Lelaki : Tapi sepatutnya you kena pertahankan!
Perempuan : Why should I? Malaslah! Melainkan I tahu yang 'boyfriend' I tu tak gatal. Baru I akan pertahankan cinta I!
Lelaki : Jadi you nak biar 'boyfriend' you kena kebas?
Perempuan : Kalau dia gatal sangat, yes!
Lelaki : You tak rasa sayang?
Perempuan : Kalau I rasa sayang pun tapi 'boyfriend' I macam tu, buat apa I nak sayang? Buat menyakitkan hati je!
Lelaki : I tak sangka you fikir macam tu.
Perempuan : Itu I punya pegangan. I tak akan gaduh dengan perempuan lain hanya kerana seorang lelaki. Terpulang pada 'boyfriend' I untuk pilih yang mana satu. Mana yang baik, mana yang tak baik. Jadi dekat situ I boleh tahu 'boyfriend' I macam mana. Dahlah! Malas nak cakap benda ni. I penat!
Lelaki : No! No! Kita kena teruskan juga sebab I nak you ubah fikiran you.
Perempuan : I tak akan ubah apa yang I fikir k! Pointless!
Lelaki : Ok! Ok! Sayang, jangan marah k.. Lain kali kita bincang.(Lelaki menarik tangan perempuan dan memegangnya erat)
Perempuan : Kita nak pergi mana lepas ni?
Lelaki : Tak tahu la. I bukan tahu sangat jalan KL ni.
Perempuan : Jalan je la.. Kalau bosan kita balik rumah je. Edy nak jumpa pukul berapa ni?
Lelaki : Jap, I call dia.
Perbualan tergantung begitu sahaja sehingga kini dan sampai bila-bila. Malangnya, hubungan mereka putus di tengah jalan apabila masing-masing berasa tidak sesuai di dalam meneruskan percintaan mereka. Sedih kan?


ezra, aku copy paste from ur blogspot.. dan ko x kenal aku, aku juge x kenal ko. aku jus slalu denga name ko dan ko sering d bangge2kn.. u r good fren i think.. newei nice to know u.. mebi someday we cn meet..